Wednesday, February 3, 2010

Hadiah buat warga Shah Alam













Jam dari MBSA.....
Kepada warga Shah Alam.....Selamat Membayar Cukai Pintu....
Ganjaran kepada anda sebuah jam tangan jika membayar penuh satu tahun cukai pintu.

Tuesday, February 2, 2010

Kuliah Hadis

Baru sahaja selesai mengikuti kelas hadis di seksyen 13 Shah Alam. Alhamdulillah hari ni belajar hadis ke 41. Topik hari ini mengenai 7 golongan yang mendapat lindungan Arasy Allah SWT di hari perhitungan kelak, iaitu :

1) Pemimpin yang Adil (sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa dan ia bersikap adil mentaati perintah Allah SWT )

2) Pemuda (orang-orang muda) yang beramal seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid (iaitu sentiasa solat berjemaah di masjid dll)

4) Orang yang berkasih sayang kerana Allah, berpisah juga kerana Allah ( berkawan dengan seseorang bukan disebabkan harta, pangkat @ nama tetapi kerana Allah. Tidak berkawan dengan seseorang itu juga disebabkan Allah, cth tidak berkawan dengan perompak

5) Orang lelaki yang digoda oleh seorang wanita kaya, cantik dan berharta tetapi ditolak godaan tersebut kerana takut kepada Allah SWT. (begitu juga jika berlaku kepada kaum hawa)

6) Orang yang bersedekah tetapi tidak diketahui oleh orang lain. (tidak menghebohkan
sedekahnya untuk mendapat perhatian orang lain)

7) Orang yang mengingati Allah SWT di waktu sunyi sepi sehingga mengalir air mata.


Kenapa ya kita perlukan lindungan bayang Arasy ini ? Sebagaimana yang dimaklumi.....semasa menanti hari perhitungan dipadang mahsyar kelak nisbah kepanasan adalah mengikut amalan masing-masing. Yang paling panas adalah umpama jarak matahari hanyalah sejengkal sahaja dengan kita. Tiada tempat berteduh kecuali bayang Arasy Allah SWT. Perlindungan ini hanya untuk orang yang mendapat rahmat Allah SWT yang tergolong salah satu daripada 7 golongan di atas. Terbuka kepada kita semua untuk merebut tawaran yang panas ini. Kawan-kawan, nampaknya kita masih lagi ada peluang untuk mendapatkan lindungan dari Allah SWT di hari perhitungan kelak.
Wallahualam.
* Sedikit perkongsian dengan rakan-rakan semua.
Semoga kita saling berpesan-pesan dengan kebenaran. Wassalam

Monday, February 1, 2010

Layan gambar-gambar kelas






Pengalaman Pertama Bergelar Guru

Tak semudah yang disangka.
Itulah luahan kata yang dapat ku gambarkan setelah bergelar seorang guru.
Namun apakan daya.....
Jalan ini jua pilihan hatiku.
Tabahkan Hati.
Tingkatkan kesabaran &
Teruskan Perjuangan.
Chaiyok Mak uda!